Saturday, November 27, 2010

Bagaimana mahu mendownload movie cara mudah.


Assalamualaikum. Orang selalu tanya aku macam mana and kat mana aku selalu download movies and album lagu. Aku neyh selalu jadi tempat rujukan untuk kawan-kawan aku cari movies. Tak kisah la samada movie baru atau movie yang dah senja. Neway, malam neyh aku nak share cara-cara nak download movie yang clear lagi terang. Sharing is caring right? Oleh sebab aku sayang kawan-kawan aku, meh sini aku nak bagi resepi dia. Meh la sayang baca sini meh.

Actually, aku selalu download pakai uTorrent. Aku tak suka guna downloader macam Rapid Shared atau Media Fire. Susah and take time. Tunggu lama satu hal and lepas tu selalunya kena gabung-gabung guna Hj Split pulak. Cerewet! Setuju? Oleh itu, aku guna cara uTorrent sebab boleh download movie satu cerita sekali gus and tak payah susah-susah nak gabung-gabung.

First of all, kita kena ada aplikasi-aplikasi berikut:-

(1) Google Chrome (Bagi aku browser internet yang paling laju berbanding Internet Explorer, Mozila Firefox, Safari and so on).Tapi tak wajib. Ikut suka browser apa nak guna.

(2) Antivirus .Kalau boleh biar yang sah dan updated! Tak guna juga kalau yang original tapi tak updates. Ini penting in case kalau movie kita nak download tu mai sama dengan virus. Mana kita tau kan.

(3) uTorrent. Kalau sapa-sapa tak ada lagi file sharing neyh, boleh download di sini. Get the latest version!

(4) GOM Player. Senang nak masukkan subtitles in case movie yang kita nak download tu bahasa Tamil Nadu. Kau faham ka dia cakap? Kalau tak ada juga, boleh download kat sini juga.

(5) KESABARAN. Ini penting bagi mengelakkan kamu hentak kepada pada skrin laptop sebab nanti lama sangat tunggu.

Cara-caranya ialah :- jeng...jeng...jeng

(1) Dalam banyak-banyak web yang aku study dan guna, aku selalu download dari web http://www.kickasstorrents.com/ neyh. Kat sini kebanyakkan movie (selain movie Melayu) senang nak cari dan dapat. Kita type saja tajuk and than keluar banyak pilihan. Bagi memilih pilihan movie juga ada tips dia. Sebagai contoh, aku nak download movie Despicable Me.
Type tajuk "Despicable Me" kat search box and click search.

Nanti akan keluar banyak list Despicable Me. So, kat sini aku nak bagi tips macam mana nak pilih movie yang confirm berkualiti dan dijamin puas hati.

(i) Better pilih movie yang sumbernya adalah DVDRip, BRRip atau PPVRip. Rip-rip neyh means movie tersebut memang dicopy dari cd yang original. So, kalau dah ori, insyaallah gambar dia cantik. Kalau tak mau percaya jugak, boleh view comment yang ada.

(ii) Pilih movie yang saiz dia kecil. Di bawah 1.0 GB. Saiz kecil nanti cepat habis download kan.

(iii) Pilih juga movie yang mempunyai seed yang tinggi. Seed itu apa dia? Baca kat sini.

Click "Download Torrent".

Jikalau kamu menggunakan browser Google Chrome, dia akan keluar tabs macam kat bawah neyh.
Click tabs berikut.
Dia akan keluar macam kat atas. Pastikan kita tahu kat mana movie tersebut akan disave kelak. Kang tak pasal-pasal meraba-raba nak mencari. Kat atas tersenarai movie dan segala macam info or what benda yang akan kita download sekali. Better untick benda lain selain movie yang kita nak. Menyemak ram laptop saja. Jimat space. And then click OK.
At last, akan terkeluar senarai movie yang kita nak. Semua info such as tajuk movie, saiz, download speed and peratusan yang telah didownload semuanya ada kat situ. Masa kat sini, kelajuan movie yang ingin didownload bergantung pada kelajuan internet dan seed. Kalau line hijau macam line graf kat atas rendah sujud ke Bumi, itu tandanya speed internet very the low and insyaallah lambat nak siap. But kalau line hijau tu tinggi sampai nak cium lus-Mahfuz, insyaallah cepat lah siap. Rekod aku download cerita 1.8GB dalam masa tiga jam. Anda pula macam mana?

Tahap lama mana movie ini didownload bergantung juga pada tahap kesabaran kita. Kalau kita jenis penyabar, tak susah jadinya nak download pakai cara aku. Rekod aku download siri movie Starwars complete episode 1-6, 4.07 GB makan masa 2 minggu. Sabar menunggu dapatlah tengok. Oh ya, masa download neyh, if kita nak buat kerja lain pun boleh dengan syarat, internet still on. But if rumah tiba-tiba blackout and internet terputus, jangan risau. Bila current ada balik and you online, uTorrent still ada track untuk movie tersebut.

Selamat mencuba pada hantu-hantu movie sekalian. Feel free untuk leave comment if ada yang tak jelas or sebarang pertanyaan. Insyaallah anna boleh membantu ente di sana. Thee~

Next step - Macam mana nak upload subtitle in case movie sounds Urdu? Sila klik SINI

5 comments:

  1. filem melayu nak cari kat mano

    ReplyDelete
  2. Kat link saya bagi ni pun ada tapi tak banyak lah. More tu English movies :)

    ReplyDelete
  3. betul tu...awak download 3 jam, saya download 3 hari dah...wahhh!! menguji kesabaran betul...

    ReplyDelete
  4. Wanie Zuridi: Sabar ya. Bukan selalu juga saya dapat download 3 jam. Selalu saja makan sampai berhari-hari. Speed internet kat rumah sekarang ini asyik slow memanjang :)

    ReplyDelete