Assalamualaikum guys. I'm backk!!
Phew~ Dah lama tak update blog. Rasa janggal pulak nak menulis santai-santai. Seberapa lama ni busy banyak dengan tesis. Dan sekarang, makmal dah siap, viva dah buat, tesis dah jilid, tesis dah hantar. I am free from menulis panjang-panjang sampai naik urat tengkuk asalkan menulis tesis mesti nak punah ranah ayat. Tapi bila pegang saja tesis yang siap dijilid tu, rasa macam vapour habis segala ilmu makmal, segala penat lelah bertapa dalam makmal, kena hentam dengan penyelia, sakit perut nak terkencing masa viva dan sayang duit nak jilid tiga copy tesis. OMG! Memang best rasa ni.
Meh la aku buka pekung dada pasal tesis aku. Semua student final year untuk tahun 2011 mesti rasa perit jerih buat tesis ni. Bagi mereka yang still second and first year, wait and see lah. Mesti dup dap dup dap kan sekarang nak tau tajuk apa nak kena buat? Hahaha.
Actually aku student sains. Fizik. Research on bahan. Memang main dalam makmal sajalah. Student sains selalunya akan buat research pasal benda baru dan hasil research tu akan diaplikasikan oleh pelajar kos lain. Macam food chain lah. Macam aku, aku buat research pasal bahan untuk pembuatan peranti elektronik. Kami yang bersusah payah cari bahan apa yang sesuai. Tak sesuai, boleh meletup jadinya (penah ada pengalaman hari tu). Senang cerita, di antara sains dan kejuruteraan ada link. Kami buat bahan dan diorang buat aplikasi.
Bahan aku take masa berbulan-bulan nak complete. Nampak senang dan remeh tapi hang tau dak susahnya nak buat tak tau nak habaq. Buat first time tak jadi. Second time tak jadi. Bertime-time baru jadi.
Yang ni tak tau time ke berapa. Nasib baik jadi. Huh!
Asalnya bahan aku dalam liquid phase. Kena tukar jadi bentuk macam panadol. Masa buat kerja-kerja lab, memang kena selalu berhati-hati. Sikit saja careless, sampel rosak and result hancur. Aku la tu.
Ni masa nak bakar a.k.a annealing.
Dari liquid jadi solid.
Buat bentuk palet a.k.a bentuk macam panadol
Empat sampel yang berlainan
Tadaa~ siap sudah. Nak buat empat ni pun ambik masa berbulan-bulan. Sempat jadi empat jah. Bahan kimia aku habis. Nak restock dari oversea take time berminggu-minggu. Satu botol 500ml dah dekat RM 2000. Sentap hati mak nok!
Bila dah siap semua. Kena test yang nu yang ni pulak. Pakai mesin. Limited. Nak guna pun kena beratur and booking. Aku tempah bulan lima 2010, bulan satu 2011 baru boleh guna.
Salah satu mesin yang aku guna.
Aku cerita sikit-sikit saja. Kalau cerita banyak-banyak pun bukan faham. Bila semua kerja makmal siap, memang time tu hanya Allah saja yang tau berapa gembiranya hati. Aku memang suka masuk makmal tapi bila bekerja dengan benda yang empat lima kali buat tak jadi-jadi, nak syaitan juga aku. Tension.
Seronok pun tak berapa nak seronok jugak sebab ada satu fasa lagi yang nak kena harung. VIVA! Yang ni aku rasa level tahap mahadewa takut bagi semua student final year. Satu research untuk seorang student, kau seorang buat, kau seorang kena hentam dengan killer question and kau seorang tanggung nak jawab. But masa aku viva, alhamdulillah, berkat hari hujan lebat, aku orang last dan jam pun dah pukul 6 ptg, datuk-datuk professor semua kalut nak balik minum kopi cicah pisang goreng. Diorang tak tanya aku banyak and just komen-komen ayat pada slide saja.
Team Dr. Hafizuddin, penyelia aku. Daddy cool!
Lagu untuk beliau :)
Report makmal kita akan ditulis dan dibukukan. Maybe setiap universiti lain caranya. Macam UKM, dia ada stail penulisan dan must be followed. Mulanya aku ingat tulis tesis kacang saja. Rupa-rupanya susah! Ayat mesti jangan jadi macam taugeh. Lemah dan tak bermaya. Ayat yang kita tulis, mesti clear, mudah difahami dan maksudnya sampai pada pembaca.
Rasa macam nak berjoget bila tengok hasil usaha kita selama setahun. Nanti korang akan rasa sendiri :) Aku rasa sangat bersyukur bila tesis aku dah siap. Moga-moga dapat result yang baik. Amin~
P/s: Good Luck pada mereka yang bakal melakukan projek tahun akhir. Buat betul-betul. Jangan pandang remeh. Banyak ilmu yang akan kita dapat masa susah-susah buat FYP nanti. Serius, orang lain pun tak leh ajar kita ilmu tu.

2 comments:
hehe all the best for the afteward lives:)
haha. Terima kasih fatien :)
Post a Comment