Hai, apa khabar semua? Kome sihat tak? Teman sihat-sihat saja. Cuma sekarang selalu letih-letih bila malam. Pukul 11 malam selalunya dah Al-fatihah atas katil. Oh, ya sekarang praktikal dah tak macam dulu-dulu masa daftar masuk. Sekarang dah macam semakin best sebab banyak benda yang baru belajar dan banyakk kejaa~ So, tak jemu. Tadi pun ada klinik untuk pekerja tempat praktikal. Tapi budak praktikal macam aku dengan muka tak malu masuk join. Klinik ni adalah untuk belajar cara-cara menghandle alat-alat pengesan radiasi. Seronok! Sebab first time pegang bahan radioaktif, Cesium-137. Macam pegang duit dua kupang saja. Tak bahaya :)
Sekarang malam-malam balik masak kat bilik saja. Malas nak pi mai pi mai. Semalam gila hentam masak daging burger masak kicap dalam rice cooker. Tak pernah-pernah masak macam tu. Darurat punya pasal semua jadi. Sapa cakap tak kenyang? Kenyang lah!
------
Oleh sebab weekdays selalu penat-penat, belog ni jangan cakap la. Memang Tok Kaduk nak menhapdetnya. Tak ada isi nak cerita, tak best la nak buka pekung di dada. Malam ni macam semangat sikit walaupun penat. Nak cerita ni. Sabtu lepas sempat keluar makan-makan. Tak ada projek lain aku ni. Projek makan makan makan. Sapa yang bertuah jadi suami i tak susah nak bela tau. Bagi i makan hari-hari, i peluk u malam hari :B Pelan punya pelan lama dah. Kawan aku, si Muniey ni berazam nak menjelajah ke seluruh Fullhouse. Alhamdulillah, Sabtu lepas baru termakbul azam beliau. Kalau dulu, aku selalu sibuk dengan tesis. Sekarang Muniey pulak yang sibuk dengan final projek, FYP dia. Padan muka hang! Hahaha. So, masa itu amat mahal dan mencemburui kami berdua.
Muniey datang bawa si adik, Biela. Ni first time bersua muka dengan si adik pulak. Walaupun friend kat facebook agak lama tapi tak pernah nak jumpa-jumpa. Now, alang-alang nak keluar makan-makan apa salah Muniey bawa Biela sekali. Boleh kenal-kenal kan? Biela ni orang dia mula-mula macam pemalu tapi lama-lama amboi ramah bukan main. Sama saja adik kakak. Tambah aku yang mulut macam ayam, memang ___(isi tempat kosong)___!
Fullhouse yang terakhir ni terletak kat Ara Jaya, Sunway-Damansara. Nak tau tak? Nak sampai kat sini punya la susah. Aku memang tak familiar dengan jalan Kelana Jaya dan kami hanya berdasarkan peta yang ada kat internet saja. Peta suruh kona kiri, kami kona kanan. Peta suruh kona kanan, kami terus jalan. Pusing-pusing Kelana Jaya dalam dua jam juga sebab peta cakap memang ada jalan short-cut melalui Kelana Jaya nak kat situ. Mau tak orang Perlis tiba-tiba jadi expert jalan Kelana Jaya ya tak?
Tapi kan tapi kan, aku rasa kecewa dengan Fullhouse kat sini. Makanan dia tak sesedap berbanding dengan Fullhouse Sunway Pyramid dan Fullhouse dekat-dekat KLCC. Dah tu, decoration dia tak berapa nak comel lah. Walaupun mempunyai tiga tingkat tapi dekorasinya kurang dan nampak kosong. Berbulu saja mata kau nengok ni ha~. Tak mau mai dah aku kat sini! Buat penat pulas stereng kereta saja. Huh!
Dalam-dalam dok mengutuk decoration tak cantik lah, makan tak sedap lah, abang waiter tak hensem lah, bergambar berlatar belakangkan katun-katun Fullhouse is a must! Jangan balik if tak gatai-gatai posing dengan mereka yang comel-comel ini :)
Maka dengan itu, berakhirlah siri menjelajah ke seluruh Fullhouse. Aku ada lagi tempat makan-makan yang best untuk aku lawat tapi macam tak sempat saja. Habis praktikal bulan lapan nanti, aku sudah nak berangkat pulang ke Perlis dan i have to say good bye to my beloved UKM foreverrr. No more Fullhouse, no more sesat-sesat :'(
Mungkin tak ada lagi macam ni, kan Muniey?
------
Dah. Dah. Dah. Jangan dok nak berdrama kat sini. Bilik aku banyak semut sekarang. Geram aku. Aku picit setiap satu semut yang melata atas meja aku sekarang. Satu aku picit, berduyun-duyun yang datang. Macam kawan-kawan. Hilang seorang sahabat, masih ada mereka yang sudi datang berkawan.
P/s: Esok nak kena beli ubat semut cap kilat. Harap-harap ubat semut cap kilat pantas dan garang membunuh semut yang suka suki buat sarang dalam external hardisk aku. Grrr~ sapa tak meroyan. Hantu Kak Limah pun lagi sakan meroyan.

10 comments:
"Bagi i makan hari-hari, i peluk u malam hari"
haha tergelak aku baca ayat ni. adoidoi.
Hahahaha..betul apa kan? kan? :P
amboi yda!!nk peluk mlm2 hri no..hehehe..nnt bwk km mkn jgk!nanak sate kajang..hehehe
Yala. Mesti. Syg kot laki a.k.a suami sendiri. Sapa tak sayang suami oii~ Haha.Bleh~ nana nak mkn apa nanti, just habaq ja. Yang mana patut, kami ngn sue bwk p ok! :)
betoi2!betuah sapa jd laki ampa nnt..disayangi tp time mlm hri sja..hehehe..memain ja yda;)sate kajang ja lam pala lani..hat lain2 tu nnt kita tggu nasrin balik bru mkn besaq lg:)anyway tengkiyu tau!!*lg x sabaq nk balik*
Haha. Susah nk cari laki yg baik skrg Nana! Kalo jumpa tu, mmg x lepas ah. Mlm siang x kesah. Haha :3 Ok2. No hal! Sate ka, sate arnab ka, buffalo semua nana leh tibai :)
betoi2!lani jantan rmai lelaki tu yg x bnyk tu..adeh!yda gamak kata jmpa sorang extra hat bjenis jgn lupa pass cni no..hehehe..tudia!bnyk n nk mnjamu..hehehe..darah tinggi lpas ni;)
awww chedaaa! so sweett. hahah sorry lame gile tak bukak blog. ni baru dpt komen byak2 dkt post2 hang sblom ni. ngeeee thanks bwak kami jalan2 aritu yee :))
sblom hang blik perlis, jom ah p meronda gi mana2 dgn sue skali jom! gi kelah kee gi makan2 kee gi mane2 jela yg best. jom jommm :D
Nana: Tak pa. Darah naik, hospital dekat. Haha
Muniey: Sama-sama. Insyaallah, tgk pada masa. Skrg sibuk nak prepare report and presentation. Penyelia UKM tak lama dah nak datang. Huhu
Post a Comment