Saturday, June 25, 2011

Susah betul nak cari kawan sejati

Susah betul nak cari kawan sejati. Betul. Rasa amat payah nak cari kawan yang betul-betul kita pecaya dan dia pun pecaya kita as reply. Kawan yang betul-betul boleh kita share masalah and our top secret. Top secret ini sebagai contoh macam masalah family, sapa kita suka dalam senyap-senyap punyalah orang lain tak boleh tau, financial problem and hang ada kudis kat juboq tapi malu nak pi jumpa doktor.

Yang selalu kita jumpa and aku jumpa macam-macam ragam. Ada yang...

  • Mula-mula bukan main baik. Hang cerita kat aku masalah hang and aku cerita masalah aku dekat hang. Kita punya percaya but at last dapat tau, si kawan kita tu rupanya pernah tipu kita. Cakap tak serupa bikin. Kalau kantoi dia bagi tau kita face to face, explain apa masalah dia cakap tak betul, tak jadi masalah. As orang, mesti ada perasaan nak maafkan orang lain. Kita pun boleh maafkan dia. Tapi kalau kantoi melalui penyampaian orang lain and laman sosial seperti facebook, twitter, rasa sakit dia lama sungguh nak padam. Lagi-lagi si kawan kita tu badjet rahsia bohong dia tak pernah bocor and kita pun dok tertunggu-tunggu bila dia akan mengaku. Tak mengaku sampai sudah. Yang rapat pun boleh jadi longgar.
  • Bila berkawan, tak semua perkara kita nak share dengan kawan. Semua orang faham maksud ayat tu. In case kita kenal hati budi kawan kita itu memang boleh dipercayai dan membantu, baru kita berani buka mulut. Cerita masalah dengan harapan dia boleh bagi kita semangat dan bagi pandangan. Kadang-kadang, tak semua masalah boleh kita telan sorang-sorang. Macam makan, tak boleh kita telan sekali gus makanan, mesti ada air minum untuk menolong. Tapi yang jadi masalah bila kita cerita bagaikan nak rak, dia buat derk saja. Do you know how those craps feel? Its hurt! At least, say something nice such as "Sabar" to show our concern. Kadang-kadang, kawan bercerita adalah hanya untuk melepaskan apa yang terbuku di dada. Apa yang semak kat perut tu semua nak tebas. Apa jadi apabila kita minta sesuatu pada orang and orang tersebut tak layan? Kecik hati and paling tepat, jauh hati. Lama-lama boleh jauh diri.
  • Apa kau rasa bila ada seorang kawan kau, pasal kita semua dia nak tau? Keluar pergi mana. Jumpa dengan siapa. Apa hubungan kita dengan dot dot. Dengan siapa kita bercakap semalam. Kat mana kita ada pada sekian masa. Mesti kita rasa, "Wow, penting nya aku pada si kawan. Sayang and caringnya kawan aku seorang ini!". But yang menjadi masalah adalah semua pasal dia nak sembunyi! Nak keluar pun susup-susup. Cakap telefon senyap-senyap. Nak pinjam pakai laptop main Paint tak bagi. Remove all his/her tracks motherfucker la nak mudah cerita. For me, semua ni sangat annoying. Hang bizi body pasal aku siap korek-korek boleh, aku nak tau mak hang sihat atau tak tak boleh. Klasifikasi kawan jenis apa ni? Hal ini sebenarnya boleh mengundang banyak syak wasangka and penghabisannya-you are not my Super BFF.
  • Jenis mulut tak boleh blah. Mudah saja. At last, memang putus kawan. But if yang mulut tak boleh blah tu adalah salah seorang kawan baik kita (aku tak faham macam mana boleh jadi kawan baik pun tak tau) memang kita akan selalu buat tak kesah. As nak sedapkan hati, "Alah, dia melawak saja tu. Jangan ambik hati." "Dia tak bermaksud nak menghina aku." "Hahahahaha (gelak dalam terpaksa)." Dalam hati - Ooh, semua perkara dia nak kondem. Apa, hang ingat muka hang cantik sangat! - contoh. As manusia, kita diberikan akal untuk pelbagai fungsi. Salah satu adalah untuk membezakan antara perkara baik dan buruk. Antara melawak dan menjatuhkan air muka. Kena ingat, tak semua isu boleh dibuat lawak dan dibahan. Melibatkan isu sensitif seperti isu fizikal badan, tahap kepandaian dan mak bapak . Hang suka orang cakap kat hang tetek hang besar sebelah? Mak hang adalah bekas janda bapak aku dulu sebelum kawin dengan mak aku? Tak suka kan. Ikut perasaan, nak tetak hang 20 bahagian, bakaq hang and abu buang kat Laut Jawa. Ingat, kawan kita pun ada seketul daging diberi nama hati. Dia tak bercakap bukan bermaksud dia mengiakan semuanya. Dia mengiakan semuanya tak bermaksud dia terima sewajarnya. Hati yang hitam kebanyakkan datang dari perkara yang lama ditaram. Perkara yang ditaram kebanyakkan datang dari mulut orang.
  • Ragam yang suka mencuri, copet dompet orang, merogol and perkara yang terang-terang jahat memang sure tak boleh buat kawan. Kalau ada yang boleh, sat saja. Tu pun masing-masing ambil kesempatan. Hang rasa aku, aku rasa hang!
Aku percaya. Dalam banyak-banyak kawan yang kita ada, ada berapa kerat saja yang betul-betul menjadi kawan baik dan sahabat sejati. Cuba tanya diri. Mana muka-muka kawan kita yang kita percaya dan percaya itu boleh membawa pada perasaan sayang pada mereka? Aku pun ada tapi tak ramai. Alhamdulillah, walaupun masing-masing belajar dan stay jauh daripada aku, masih boleh aku contact. Luah apa yang aku rasa. Aku sayang depa. Bagi aku, dalam persahabatan hidup aku, perkara yang aku paling tengok adalah kejujuran dan eye contact. Sebab melalui eye contact, kita as manusia boleh sense samada seseorang itu jujur atau tak. Ayat paling power untuk melunturkan kebencian dan mengembalikan kepercayaan adalah minta maaf. Sure cayaq punya lah.

Dan aku tak menafikan bahawa aku pernah melalui detik-detik mengetahui orang yang aku percaya menipu! Sumpah sedih sangat dan susah aku nak lupa. Walaupun aku dah maafkan but you know, stains never go even you use soap to clean it. They will remain stay and come back later. We just beware. Masa kita berjaga-jaga dengan si kawan tersebut sebenarnya dah menyebabkan hubungan kita dengannya renggang. Yala, don't let banana fruits twice times ( ada Adnan Sempit cakap macam ni kan? ^^")

Aku banyak kawan dan alhamdulillah, di kalangan mereka aku ada dikurniakan sahabat sejati. Aku admit, tak semua orang betul-betul perfect. Aku juga bukan orang yang maksum dan sentiasa baik. Tapi untuk mereka yang bergelar sahabat sejati, aku akan cuba buat yang terbaik. Try fahami depa, tolong mana yang mungkin, contact sekerap yang boleh dengan hati yang ikhlas. Buat perkara yang ikhlas dengan buat-buat ikhlas were two different things. Kalau hang ikhlas buat, hang tak rasa susah nak buat. Hepi saja memanjang walaupun teruk mana perkara tersebut. Tapi kalau hang buat-buat ikhlas, hang akan rasa betapa fake nya menatang tu. Meluat pun hado. Ini serius!

P/s: Minta maaf if entry ini ada mengunakan bahasa yang kurang enak dan terlebih cuka. Bukan apa, bagi memudahkan pemahaman and creating some jokes. Alah, macam tak pernah :)

6 comments:

HanaNasir said...
[Balas sudah]

chedayda ada probs ngan kwn ka?ka sekadar 'sharing is caring'?

chill2!:)

p/s:Kecik hati and paling tepat, jauh hati. Lama-lama boleh jauh diri<--suka ayat ni:)

p/s/s:sorry x jwb skype smlm..km tdo..hohoho

Muniey said...
[Balas sudah]

Stains never go even you use soap to clean it. They will remain stay and come back later.

yeahh, that is soooo true my dearrr :))

kacang buncis said...
[Balas sudah]

Nana: Sharing is caring saja. And you have know right :)

kacang buncis said...
[Balas sudah]

Muniey: Yup and thanks dear :)

ABICEHHA said...
[Balas sudah]

Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga...
Meskipun kini kita terpisah demi kasihnya...
-Amar, Cebisan Kenangan-

Suka duka dalam berkawan menjadikan diri kita lebih matang dan menghargai nilai persahabatan... =)

kacang buncis said...
[Balas sudah]

Akmal: sedap bait-bait tu :). tq bagi nasihat. bukan senang nk dapat nasihat dari orang jauh ni.

Post a Comment