Sunday, July 31, 2011

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Puasa tak hari ini? Alhamdulillah, cuti aku dah start dan latihan industri aku selama tiga bulan pun dah tamat. Now, secara mutlaknya aku boleh berehat dengan sepuas-puas di rumah. Sorry lah. Blog ini selalu terabai. Masa aku sangat limited untuk aku godek-godek idea baru untuk aku menulis kat blog ni.

Sebelum aku balik Perlis hari tu, sempat juga aku luangkan sedikit masa untuk jumpa one of my super bestfriend sejak sekolah lagi. Nama dia Wan Najihah and i just call her Jie. Sanggup aku drive dari Bangi ke Puncak Alam seorang-seorang sebab nak jumpa Jie. Hal ini sebab aku nak tebus janji aku untuk jumpa dia sebelum balik Perlis yang before ini asyik cancel memanjang and on the same time, celebrate birthday Jie yang ke-22 tahun. Selamat hari Jadi Jie. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin :)
Untuk celebrate birthday Jie, aku tak sempat nak plan hebat-hebat. Minta maaf Jie. Kebetulan minggu tu aku ada site visited selama seminggu kat Penang and Perak untuk praktikal. So, agak kelam kabut sikit lah jadinya. Jumaat 3.30 petang aku baru sampai bilik di UKM, pukul 5.00 petang aku dah laju-laju ke sana. Malam tu baru plan mana nak makan-makan, mana nak jalan-jalan, mana nak buat surprise-surprise.

So, kami just pilih tempat yang dekat-dekat saja and Restaurant Fat Spoon jadi mangsa. Restaurant ni just terletak di SS1, Damansara.
Aku suka restauran ni. Vintage Theme Restaurant. Jarang nak jumpa kedai makan theme macam ni unless macam Ipoh Station kat Puchong or Old Town White Coffee kat mana-mana. Dari pintu masuk semua menarik perhatian and cool! For me, owner Fat Spoon sangat kreatif. Bijak untuk dekorasi dalaman and luaran kedai. Recyle barang terpakai tok nenek dia saja.
See. Cool kan design restaurant ni? Menu makanan kat restaurant ni pun bagus. More into makanan Melayu dan peranakan Baba-Nyonya. So, tak lah selalu rasa-nak-muntah-asyik-pi-kedai-makanan-western-saja. Harga pun berpatutan. Rasa pun sedap sampai menjilat pipi. Dan jangan bimbang, restauran Fat Spoon ni adalah Pork Free!
Kami sampai Fat Spoon agak awal. Sebab masing-masing dah lapar. Dengan customer pun tak ramai, memang heaven lah untuk cam-whoring sekeliling restaurant. Actually, ada beberapa perkara yang aku kagum dengan Fat Spoon ni. First, adalah Buku Menu-nya. Sama macam buku Ladybird mak aku guna untuk aku belajar kenal English dulu!
Second, meja makan aku. Macam mesin jahit mak aku kat rumah kot! Memang nostalgia sungguh bila berada dalam Fat Spoon. Mak hang hado?
Yang ketiga, of course la makanannnnn! Sedapppp! Nak nak nak lagi tapi perut penuh, buncit, boroi sudah sebab tamak sangat makan itu ini. Nasi Ulam sedap. Kek Wondermilk thumb upps. Hot Chocolate yang tak boleh buat aku debab. Nyum. Nyum.

Burppp~ Alhamdulillah, kami dah kenyang. Highly recommanded to seek your feeds.
---------------------
Aku rasa sangat bersyukur ada kawan macam hang Jie. Terima kasih Jie untuk selama kita berkawan. Banyak kenangan kita bersama sampai ada yang aku lupa. Macam kes jam loceng kat rumah sewa hang tu. Terharu aku because hang still simpan. Aku sendiri dah lupa. Kalau hang tak ingatkan, memang aku tak ingat. Hee~
Bye-bye

P/s: Rasa tak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan-AL Mubarrak. Moga bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Insyaallah.

5 comments:

nadz ruslan said...
[Balas sudah]

tak aci, maila melawat aku pulak.

aku kat selayang tau, diulangi, selayang

nur haifa said...
[Balas sudah]

cantik:)

kacang buncis said...
[Balas sudah]

nadz: Insyaallah nadz. Kena google map dlu before pi kat ang ni :)

kacang buncis said...
[Balas sudah]

haifa: thank you :)

fatienwm said...
[Balas sudah]

syok ah..:)

Post a Comment