Tengah semangat ni! Tadi siang jalan-jalan teman mak beli barang and hantar kain baju kurung kat tailor. Biasalah. Kalau dah jarang balik dan kurang dapat kasih sayang dari mak abah, apa yang mak abah minta tolong semua sanggup. Paling koman pun tolong mak abah garu belakang depa. Tapi untuk kerja tetap, al-kisahnya adalah sebagai driver. Aku ni umpama Michael Schumacher depa. Punyalah depa sayang aku sampai nak pi beli teloq kat kedai depan pun depa nak ajak aku berteman naik kereta. Sebelum ni naik moto tak pa pulak. Haih!
Chup! Chup! Chup! Bukan menatang ni aku nak habaq mai. Aku dah putaq alam dari cerita asal. Now, jenama tuala wanita lagi lembut dan gebu, Intimate tengah hangat menjalankan cabaran Let's Get Intimate Rewards. Cabaran mengumpul mata ini telah berlangsung bermula 1 Mei 2011 hingga 31 Oktober 2011. Secara jujurnya, aku baru tau ada pertandingan ini tadi!! How sad am i? Kalau tak dah lama aku pulun.
Bertemakan kambing biri-biri comel, sapa tak nak kan?
Intimate, jenama tuala wanita nombor satu Malaysia! (Bodek-bodek sikit)
Bagaimana mahu menyertai cabaran ini? Memang mudah. Apabila anda berjalan-jalan di kawasan larangan kaum lelaki di supermarket/kedai runcit, tumpukan mata anda pada jenama tuala wanita Intimate. Dapatkan borang cabaran yang disediakan secara percuma di sana. Hang nak koyak-renyuk buh dalam poket pun tak dak orang marah. Atau secara online melalui sini. Kemudian, langkah seterusnya.
Senang bukan? Tak perlu membanting tulang empat kerat untuk berjaya. Hanya perlu sediakan duit dan tukar jenama tuala wanita anda dari jenama Sanita atau Salina kepada Intimate dalam masa dua bulan dari sekarang. Atau kerah segala saudara mara anda, mak, kakak, adik, mak ucu, opah agar membeli tuala wanita jenama ini semata-mata untuk pointnya. Hahaha.
Hadiah-hadiah comel memang sudah menanti anda dan saya. Begitu geram apabila melihat kambing biri-biri melompat dan berkung fu dalam iklan intimate terbaru di kaca televisyen. Begitu geram sampai ingin memiliki salah satu daripada mereka berupa hadiah tebusan iaitu:
Pelbagai bentuk kambing biri-biri tersebut. Sesuai untuk mereka yang berjiwa badjet comel seperti aku ^.^"
Selain itu, terdapat juga berita gembira untuk mereka yang gigih mengumpul mata points untuk cabaran ini. Anda dan saya akan juga dihidangkan dengan cabutan bertuah pada 15 Ogos dan 15 November 2011 untuk memenangi hadiah-hadiah hebat seperti:
1) Hadiah utama : Sofa saiz Fluffy x 3
2) Hadiah 1'st : Fluffy saiz 2 kaki x 12
Jadi, mai pakat-pakat kita join walaupun hadiahnya tak sebesar kereta Lexus atau berharga seperti tiket pergi balik ke Osaka, Jepun. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari web myintimate ini. Sekian sambil diiringi dengan percikan bunga api kebabom!! (imaginasi).
P/s: Aku semangat nak join contest ni. Harap sempat. For rakan-rakan sejantina denganku, in case guna jenama tuala wanita ini sepanjang dua purnama akan datang dan tak berminat pada contest ini, sila simpan polybag tuala wanita tersebut. Nanti bagi kat aku. Terima kasih :)
Teringin juga nak cari girlpren kat si Buntal aku ni. Dah lama dia menduda. Mandi tak basah. Tidoq tak lena. Kencing tak lawas. Help him!
Buntal ku sayang ♥♥♥







0 comments:
Post a Comment