Wednesday, August 10, 2011

Masih ada kuntum bunga di hujung tangkal. Dan kacang di hujung akar.


Tak semua kau rancang akan berlaku,
Mungkin nasib tak menyebelahi aku,
.....

Penakut - Yuna

Kadang-kadang, apa yang kita rancang bukan semua kita dapat. Padahal, apa yang kita rancang telah kita iring dengan segala macam usaha. Bila tak dapat, kita marahkan diri, marahkan masa dan sampaikan marahkan Tuhan. Mula kita ungkit penat lelah usaha, penat lelah berdoa namun lupa pada tawakkal pada-Nya. Nauzubillahi min zalik.

Aku pernah merancang dan apa yang dirancang tak dapat. Kesannya, aku jadi sangat sangat sedih dan mula tak percaya diri sendiri. Hari-hari aku menangis untuk hari-hari aku tragis. Aku mula sangka aku seorang yang bodoh. Tak layak untuk apa aku dapat sekarang. Aku hipokrit dengan orang sekeliling. Mulut aku tipu untuk mengiakan hati aku yang tak mahu. Aku butakan hati aku untuk terima nasihat orang. Senanglah orang cakap. Sabar. Sabar. But untuk pulih, sampai sekarang pun aku not sure. Bermula dari situ, aku usaha secara tipu-tipu. Aku buat janji siap. Aku ikut janji lepas.

Aku jadi semakin malas. Malas berfikir serba berzikir. Semakin aku tak percaya diri. Confident aku hilang. Semangat aku semakin gersang. Betul kata orang, kalau kita bersedih panjang lama-lama hati akan kelam. Ya, betul! Semua aku buat payah nak dapat. Berkat nya tak lekat.

Tersesat malu bertanya,
Tak tahu tak tahu ke mana,
Terlalu banyak alasannya,
Ku terdiam.
.....

Pokok - Meet Uncle Hussain feat Hazama

Lagi teruk, kawan-kawan aku hindar. Malu aku nak bertanya khabar. Tak macam dulu-dulu. Apa jenis reunion memang kalau boleh jangan jemput aku. Aku malu. Malu. Malu. Malu.

Namun, Allah Maha Kaya. Walaupun aku sangat bersedih, hilang semangat, usaha tipu-tipu, Allah masih sudi tunjukkan aku jalan. Alhamdulillah, aku mahu berubah. Untuk aku tunjukkan pada emak, abah dan kawan-kawan. Moga-moga Insyaallah. Amin ya rabbal alamin.

------

Mungkin ini kisah aku. Jangan jadi macam aku. Secara ringkas, memang sedih bila yang dirancang kecundang. Untuk recover, ada orang sampai bertahun-tahun (macam aku) dan ada orang bila dah tukar oksigen dah setel! Cari orang yang mampu memberi dan sabar membakar semangat. Mujarab doa jangan dicabar. Doa adalah senjata untuk orang mukmin. Jadi, berdoalah sebaik mungkin. Berapa hari yang ada untuk kita? Bukan 365 hari. Hanya sehari. Hari ini. Hari semalam tak mungkin kembali but hari esok belum tentu lagi. Jadi, usahakan agar hari ini berakhir dengan terbaik sekali. Akhir sekali, percaya pada tawakkal. Memang ada hikmah yang tak dapat kita sangkal.

3 comments:

HanaNasir said...
[Balas sudah]

yda..awat ni?huhuhu..inshaallah Dia slalu dgq doa hamba2 Dia yg x penah putus asa mntk kt Dia..Dia tangguh x bg kita rasa apa yg kita rancang mst bersebab..mungkin rindunya Dia kt kita utk dgq kita mengadu ngan Dia..btw km ska ayat ni..nk amek letak buat status fb keh:)tQ!:)

p/s:stay strong and keep on praying dear!:)

HanaNasir said...
[Balas sudah]

ayat ni yda..Mujarab doa jangan dicabar:)

kacang buncis said...
[Balas sudah]

Ni hal lama. Dah lama nk let go tp x buleh. Still cuba walaupun dapat sikit2. saja. Tq nana untuk nasihat tu. Oh, bleh2. Copy saja ayat tu. Malu pulak =.='

Post a Comment