Alhamdulillah, selepas tiga tahun yang penuh dengan dugaan dan pancaroba, aku akhirnya tamat as a student Baccalaureate of Physics dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis Konvokesyen universiti berlangsung selama empat hari bagi lapan sidang dan aku termasuk dalam kelompok Sidang 6 yang jatuh pada hari Isnin, 26hb September 2011 - Jam 1330 p.m.
Tapi tiba-tiba jerawat buat hal. Lagi dua hari, jerawat tumbuh sikit punya cantik kat dahi. Damn! Kacau daun aku planning nak buat pose ala-ala seksa Paris Hilton di kala hari konvokesyen. Tak jadi!
Terima kasih pada Abah and Mak yang drive jauh-jauh semata-mata mahu datang ke majllis konvokesyen aku. Dan tak lupa juga pada rakan-rakan yang ada serta yang mampu hadir, terima kasih daun keladi, moga-moga kita jumpa setahun lagi :)
Nana dan Zaidi. Terima kasih pada Cuki dan Etot yang mai.
Syikin. Terima kasih untuk hadiah dari Jepun tu.
Aten dan Sue.
Banyak lagi dan jenuh aku nak mengupload. Yang ni saja yang larat aku nak tekan-tekan kibod. Walaupun yang tak datang, terima kasih juga untuk ucapan dan wish-wish hangpa semua kat wall facebook aku, call aku tengah-tengah busy, bagi hadiah senyap-senyap dan skype aku tengah-tengah malam. Macam Nasrin, hadiah konvo hang bagi sebelum balik Jepun, memang sedap aku mengketedarah-nya. XD


2 comments:
bestnya dh grad!!!!!!!
congrats yda:)
Terima kasih nana!
Post a Comment