Thursday, December 8, 2011


Pernah tak rasa tiba-tiba rasa sedih tak memasal? Bukan ada masalah apa-apa pun on that day tapi hang rasa sedih. Aku selalu rasa kot! Dah jadi macam satu penyakit kat aku. Apa orang panggil, Hypophrenia?

Aku sekarang sambung buat Master tapi aku tak rasa seronok pun. Okk~ maybe time Master ni homework banyaakk sangat. Belipat puloh ganda lagi banyak dari masa aku Degree. Dengan lab work yang tak jadi-jadi lagi. Aku stress and ini yang buat aku sedih. Mungkin sebab tu. Hari Selasa lepas, aku present proposal tesis aku. Before present, aku rasa sangat gabraa and as result, aku present macam haram! Aku cakap laju gila and aku sendiri pun tak faham apa aku cakap. Padahal bukan tak pernah aku present. Time Degree dulu selalu kot. Why ah?

Kadang-kadang aku sedih. Aku dok melagha sakan main internet. Ber-FB-ing, Youtube sakan. Hati aku malas but otak aku marah dengan perangai aku sekarang. Bila dah pulun main, assignment tergendala and tidoq lambat. Bila time nak tidoq, mata dok kelip-kelip sambil fikir masalah aku dok buang masa tadi. Lepas tu sedihh lagi dalam tidoq.

Aku rasa macam aku dah gila agaknya. Feeling disorder. Ada ka penyakit macam ni? Lepas sembahyang, aku selalu doa bagi Allah lapangkan hati aku. Dia lapang sat saja tapi nanti perasaan sedih tu mai lagi. Sampaikan satu tahap aku kena dengar zikir penenang hati bagi lega. Time tu dah tahap peak sedih aku tu. Sedih yang no reason. Tapi tak sampai la lagi buat kerja gila. Aku ni penakut jugak orangnya.

Aku dok tengok orang lain macam happy saja hidup depa. Mengaji pandai, duit banyak, muka cantik. Semua ada. Aku jeles. Paling jeles tengok depa macam tak ada masalah.

Hati hitam ada kena mengena dengan perasaan sedih tak? Dok tengok Victoria's Secret Fashion Show sangat hari-hari.

4 comments:

nadz ruslan said...
[Balas sudah]

pada pendapat aku lah kan..

hati yang kosong/ berdosa/ lalai akan akhirnya balik bagi warning kat tuan punya hati.

"warning! warning! paras iman berkurang!!!"

kerana ada iman ni, dia cuba utk alert kita sedaya upaya, antaranya denganr asa sedih, sepi secara tiba2.

sebab betullah kata pujangga (cewah) "hati yang sedih lebih dekat pada tuhan."

kalau lepas muhasabah tak jumpa jugak jalan, nampaknya satu ja, hang kena nikah! :P

kacang buncis said...
[Balas sudah]

Okay. Faham. Tapikan, kita muhasabah diri tapi kita buat juga benda yang kita janji tak mau buat. Macam main FB.

Hehe. Nikah nadz? Calon pun tak da lagi.

HanaNasir said...
[Balas sudah]

yda!kalo ada nk share apa2 just lemme know ya? jgn smpan sorang2. kita kwn bkn time senang ja kan?:)

kacang buncis said...
[Balas sudah]

When and if i get the strenght to tell u everythings :'(

Post a Comment