Tuesday, December 25, 2012

Permohonan visa ke Jepun bagi mereka yang tak bekerja

Macam tak percaya aku dah sampai di Jepun ヽ(´ー`)ノ !! Like seriously angan-angan mat jenin zaman kecil aku dah menjadi kenyataan. Menjejakkan kaki ke bumi Ultramannn baq hang. Kalau ikutkan, perancangan aku untuk ke sana dah lama. Sejak tahun 2009 lagi dan kebetulan one of my best friend, Nasrin dapat offer study kat Jepun. Sejak daripada tu aku dah mula kumpul duit sikit-sikit dan Nasrin pun rajin meng-influence aku supaya ke sana sementara dia masih kat sana. Cuma start pertengahan tahun 2011, baru  aku bersungguh-sungguh nak ke Jepun. Itu pun selepas parents aku bagi green light after almost tiga (3) tahun aku memujuk agar depa bagi permission aku melawat Nasrin di Jepun. Dengan syarat, aku mesti setel study Master! Hang ingat senang ka depa nak bagi aku pi? Tambah-tambah pi seorang. Fuuuhh~ jenuh aku rasuah  depa macam-macam. Tudung Ariani bagaii.

Sebelum aku bercerita panjang lebar hal ke Jepun (Ni saja modal aku untuk meng-update blog usang aku tahun ni), ada salah satu tempoh semasa persediaan untuk ke Jepun orang anggap paling sukar. Mostly blog yang aku baca, aku gali-gali info berkenaan persediaan ke Jepun mengatakan part ni paling ketaq lutut. Iaitu time permohonan visa ke Jepun. Hence, aku pun nak share tips-tips dan pengalaman aku semasa permohonan visa tersebut. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang masih tak bekerja macam aku.

Sebelum aku explain banyak pasal permohonan visa ni, boleh lah korang usha-usha dulu laman web Embassy Japan di Malaysia iaitu http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html . For your better understanding.

1) Pemilihan jenis visa ke Jepun.

Terdapat enam (6) jenis visa yang boleh dipohon. Tapi fokus aku kali ini adalah samada untuk bercuti (Holiday and Transit) atau melawat sanak saudara (Visiting Relatives or Friends) yang ada kat sana. Untuk aku, aku pilih jenis (Holiday and Transit) sebab dengaq kata kalau jenis (Visiting Relatives or Friends), dia panjang cerita sikit. Aku tak mau susah-susah and boo layan benda remeh-temeh, jadi aku pilih yang lagi mudah.

2) Passport.

Haruslah bawa passport yang sah laku penggunaannya. Bear in your mind and always check passport kita bahawa tempoh sah laku mestilah lebih dari enam bulan. Ini adalah peraturan mandatori untuk ke luar negara.  Kalau tak, kena tahan la engko kat imegresen. 

3) Isi borang permohonan visa.

Isi lengkap borang permohonan untuk visa ke Jepun. Borang tersebut boleh download di sini. Tulis guna tangan pun boleh. Aku pun tulis tangan. Untuk bahagian "nama dan alamat hotel penginapan" di Jepun, aku letak alamat rumah kawan aku tu. Salah satu tips untuk meminimakan badjet ke Jepun adalah dengan mempergunakan rumah kengkawan or relatives korang di sana. Kahkahkah. Jimat banyak tuh! Itu pun jika ada. Kalau tak ada, boleh try badjet hotel atau hotel kapsul. 

Oleh sebab aku ni baru saja graduated and masih menganggur, pada bahagian "current profession" aku letak "just graduated' and alamat rumah aku sendiri. Itu pun selepas disuruh oleh officer kat kaunter hari tu.

Gambar pula mesti background putih dan size 45mm x 45mm. Bahagian "guarantor" aku tak isi.

4) Sediakan jadual harian atau iltinerary di Jepun.

Boleh download juga di sini. Iltinerary ni merujuk jadual ringkas tentang aktiviti anda di Jepun. Tak perlu lah terlampau details semua aktiviti hang nak habaq. Ringkas-ringkas saja. Perlu ingat, officer kat embassy tu bukannya polis nak escort kita sentiasa ke hulu ke hilir kat sana. Diorang just nak tahu apa aktiviti yang bakal kita lakukan di Jepun. Untuk confirm bahawa hang bukan nak pi bekerja secara haram kat negara diorang. Thats all! Cukup tulis first day ; visit Tokyo Sky Tree. Second day ; visit Asakusa and bla bla. Nak mudah, hang google "7 days in Japan". Semua telah siap untuk dicopy and paste. Mudah bukan?

5) Surat pengesahan jawatan.

Aku ni dah lah menganggur. Ada hati lagi nak pi Jepun. So, terpaksa lah aku tibai tulis surat (self explanatory letter) menyatakan aku ini masih tak bekerja. Aku letak abah aku as guarantor bagi meningkatkan tahap kepercayaan duta kat aku. Hikhik. Dan ingat, surat tersebut mestilah ditulis dalam Bahasa Inggeris! Contoh self explanatory letter tersebut seperti di bawah. Mohon jangan gelak ayat omputih aku ni berdialek sanskrit sikit! Haha.

Contoh self explanatory letter ke Jepun

6) Duit dalam akaun.

Aku rasa part ni yang paling kritikal. Tak dinafikan, aku pun cuak sebenarnya pasal isu duit. Banyak jugak lah aku review blog-blog orang, tanya pada mereka yang pernah pergi ke Jepun and even kawan aku sendiri. Mostly diorang cakap better amount dalam bank RM 5000.00 and above. Ini adalah amount yang paling selamat. Ada juga blog yang declare RM 7000.00 lah, RM 10,000.00 lah jumlah yang paling kurang. Tapi lepas aku call sendiri embassy, diorang cakap just attach penyata bank kita yang terbaru. Tak perlu risau. Diorang bukannya kejam dan masih waras. Kalau ikut logik, untuk aku yang masih tak bekerja dan baru graduated lagi, mana mungkin aku mampu ada saving sampai RM 10,000 ++ kan? Tapi kita pun kena play safe and fikir bijak. Takkan lah hang nak pi holiday kat tempat yang agak mahal dan dalam tempoh dua minggu nak bawak seribuuu? Tak mungkin lah kan. Kalau ya pun, aku confirm, tak sempat habis first week, dah mencakaq hang kat jalan cari makan. Depa tu negara serba mahal. So, better buat preparation. Kalau duit rasa-rasa tak cukup, pinjam pada mereka yang mampu. Lepas visa dah approved, pulangkan balik duit diorang. Macam aku buat sekarang ni. 

Penyata bank tersebut mesti ada cop dari pihak bank. Kalau print dari internet, hang kena juga pergi bank dan dapatkan pengesahan dari pihak bank. Itu sahaja.

7) Others.

Selain enam perkara kat atas, aku ada juga attach recommendation letter dari kawan aku untuk aku ke Jepun. Bukan apa, aku ni terlebih risau kot-kot diorang still tak percaya kan aku. Selain tu, aku memang state yang aku akan stay di rumah kawan aku sepanjang dua minggu aku kat sana. Aku beranggapan in case jadi apa-apa, senang diorang nak rujuk. Ni contoh recommendation letter  yang kawan aku buatkan. Ringkas dan padat.

Contoh recommendation letter ke Jepun.

Actually, recommendation letter ni lebih sesuai dilampirkan untuk permohonan visa jenis (Visiting Relatives or Friends). Selain recommendation letter ni, kita pun kena attach juga dengan salinan passport, visa dan alien card kengkawan or relatives korang yang akan korang lawat. Untuk kes aku, aku main attached sekali tapi officer embassy ambil jugak. No komen.

Flight tiket tak perlu attaced.

8) Tempat penghantaran borang permohonan visa.

Kat sini aku nak tekan kan satu perkara. Sila rujuk alamat yang kita isi dalam borang. Sila isi alamat tempat anda menetap sekarang! Jangan guna alamat pada kad pengenalan jika anda tidak menetap di situ. Sebagai contoh, jika kita menetap di Kuala Lumpur tetapi alamat di kad pengenalan adalah di Kedah, mohon tulis alamat di Kuala Lumpur. Hal ini kerana, borang permohonan visa aku hampir-hampir ditendang gara-gara aku mengisi bahagian alamat kampung aku di Perlis. Officer tu cakap, 

Officer : "You kena pergi branch embassy kita kat Penang. Kitaorang tak proses permohonan dari luar Kuala Lumpur dan Selangor."

Aku : "Bla bla bla"

.................

Officer : "Lain kali kena beware benda-benda macam ni. Tulis alamat awak kat sini sekarang"

Aku : "Arigato" ...Tetiba jah!

So, rujuk dulu alamat anda dan cawangan embassy Jepun yang berdekatan dengan anda.

Kuala Lumpur, Penang, Johor Bharu or Kota Kinabalu?


Permohonan visa ke Jepun ni dijanjikan siap dalam masa tiga hari. Yang syoknya, it is freeeee!! Hari tu aku pergi hantar borang pagi, memang lengang takda orang. Aku datang collect visa petang, ramai pulak. Tapi jangan risau, tak perlu ambil nombor dah. Just go straight to counter 5 (yang paling kanan) dan tunjukkan resit pengambilan visa anda. Lepas tu boleh lah berjalan pulang dengan senyuma∩(︶▽︶)∩


Visa ke Jepun siap!

Bersambung...